DORONGAN KEPADA SESEORANG UNTUK MENJADI USAHAWAN
Menurut pendapat ahli psikologi, usahawan merupakan org yg tindakannya digerakkan oleh beberapa desakan tertentu seperti keperluan unyuk mendapat sesuatu, mencuba sesuatu, pencapaian diri atau untuk mengelakkan diri daripada autoriti oleh orang lain. Namun demikian, melalui pendekatan sosiologi, diakatakan bahawan faktor sosial seperti umur, budaya, masyarakat dan sebagainya yang telah mempengaruhi seseorang menjadi usahawan. Antara faktornya ialah :
1) Pengalihan Negatif
Pengalihan negatif didefinasi sebagai penyisihan individu atau kumpulan individu daripada masyarakat teras golongan ini biasanya tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung. sebagai contoh, seorang usahawan boleh muncul akibat krisis pertengahan umur, akibat penceraian, kematian pasangan hidup atau kerana tiada pilihan kerja lain disebabkan tahap pendidikan yang rendah atau kurang pengalaman. Selain itu, bosan dengan pekerjaan yang sedang dilakukan dan akibat dibuang kerja juga boleh mendorong seseorang itu mencari autonomi dengan menjadi usahawan.
2) Tempoh Peralihan.
Seseorang yang berada dalam tempoh peralihan juga biasanya menjadi seorang usahawan. Antara contoh tersebut ialah, semasa di antara kehidupan sebagai askardengan orang biasa, di antara kehidupan pelajar dengan kerjaya, di antara kehidupan penjara dengan bebas, dan di antara proses mendapatkan kemahiran melalui latihan dengan memasuki kerjaya.
3) Tarikan Positif
Pengaruh positif juga boleh mnyebabkan seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Pengaruh ini boleh datang daripada bakal rakan kongsi, mentor, keluarga, pelabur atau pelanggan dan pembekal. Bakal rakan kongsi menggalakkan seseorang individu dengan tawaran untuk berkongsi pengalaman, membantu kerja dan penyebaran risiko. Seorang mentor dapat menaikkan rasa keyakinan diri dan rasa hormat. Mentor dan rakan kongsi juga boleh memperkenalkan seseorang usahawan kepada orang-orang yang berada dalam jaringan sisial keusahawanan. Selain itu, latar belakang keluarga yang di antaranya merupakan usahawan juga menunjukkan pemilihan seseorang itu dalam bidang keusahawanan itu.
4) Tolakan Positif
Secara ringkasnya, tolakan positif juga memberi dorongan kepada usahawan menjadi usahawan. Faktor-faktor tolakan positif ini adalah laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan keusahawanan atau pendidikan yang menyediakan seseorang individu itu dengan pengetahuan yang diperlukan untuk usahawan mengenal pasti peluang-peluang.
FAKTOR PENARIK LAIN ADALAH :
1) Status Sosial
Menjadi usahawan adalah suatu kerjaya yang terbaik yang merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri di anggap mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat dalam pembangunan ekonomi. Negara dan sumbangannya besar dalam sektor swasta. Taraf kehidupan yang tinggi dari segi ekonomi seperti pendapatan lumayan, alatan mewah dan lain-lain juga merupakan faktor penarik seseorang itu mencuburi bidang keusahawanan.
2) Kuasa/ Kebebasan
Kebebasan dalam berfikir, bertindak dan berkuasa dalam membuat keputusan tanpa melibatkan campur tangan orang lain menjadi dorongan seseorang itu menjadi usahawan. Seseorang yang mementingkan status juga akan berusaha meletakkan dirinya ke tahap yang lebih tinggi sehingga sanggup menanggung risiko yang bakal dihadapi. Malah golongan seoerti ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan. Oleh demikian, seseorang ini memilih dan menjadikan hal ini pendorong untuk memasuki bidang keusahawanan.
3) Agen Perubah Masyarakat
Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat, terdapat individu terdorong menceburi bidang keusahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat. Kepuasan tersendiri dapat dibentuk melalui memberi manfaat kepada masyarakat dengan menggunakan segala peluang, sumber dan potensi diri secara maksimum. Oleh sebab itu, faktor ini menjadi pendorong seseorang menceburi bidang keusahawanan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang membawa seseorang menjadi usahawan. Namun demikian, tanpa wujudnya semangat dan disiplin menjadi sukar untuk mengharungi dalam bidang keusahawanan.
No comments:
Post a Comment