Friday, 13 March 2015

                                 Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman
                             ( Pengasas Produk Pamoga & Qu Puteh)


      Usahawan seterusnya yang saya kagumi ialah Dato' Dr. Vida atau nama sebenarnya ialah Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman. Beliau merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan. Usahawan wanita ini sangat bertenaga dalam mengutarakan hujahnya. Beliau begitu yakin dalam mempromosikan produk keluarannya. Semangat yang berani dan yakin ini membuatkan saya bersemangat dalam berniaga meskipun perniagaan kecil -kecilan.

Latar Belakang Usahawan.


         Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Dr. Vida kini berusia 43 tahun. Usahawan wanita ini berasal dari Machang, Kelantan. Kehidupan yang sederhana dan merupakan anak yatim kematian ayah ketika berusia 9 tahun. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan ( kesusateraan Melayu dan Sejarah). Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah kebangsaan jenis cina di Ipoh Perak selama 12 tahun. Datuk Dr. Vida memulakan perniagaan kecil-kecilan ketika di sekolah menengah lagi. Kini berkat usaha dan kesabaran beliau produk Kecantikan dan Kesihatan iaitu Pamoga dan Qu Puteh kini terkenal di seluruh negara, brunei dan singapura.


Pertubuhan Awal Perniagaan.


        Usahawan wanita ini telah menceburi bidang perniagaan ketika muda lagi. Kini dengan usia pertengahan beliau masih bersemangat mengusahakan perniagaan. Beliau pernah membuka perniagaan Salon. Di situ beliau mula membuat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan pelanggan di Salon bagi rawatan wajah. Rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK). Dengan ini beliau lebih aktif dalam mempromosi produk keluarannya. Kini produk Vida Beauty laris di pasaran dalam negara dan luar negara.     







No comments:

Post a Comment