Friday, 13 March 2015

                                                 IRFAN KHAIRI
                                        ( USAHAWAN INTERNET)

           Usahawan di atas sangat terkenal di Malysia bahkan di luar negara juga. Dengan kepakaran beliau dalam internet beliau boleh berjaya dengan menjalankan perniagaan internet. Cara pemikiran beliau yang pandai memanfaatkan kepakaran dengan peluang yang ada membuat saya begitu kagum dengan usahawan muda berjaya ini.


Latar Belakang Usahawan.


          Irfan Khairi atau nama sebenarnya Noor Irfan Khairi Bin Noor Azmi. Seorang yang bercita -cita tinggi. Sejak usia 19 tahun, ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum berangkat ke United Kingdom, dia memasang niat untuk menjadi jutawaan. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom. 

Perkembangan Perniagaan.

            Selepas mendapat Ijazah, beliau menerima tawaran berkerja di salah satu Syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 500 buah sekolah di United Kingdom menggunakan sistem tersebut. Oleh kerana minat dan latar belakang yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan internet miliknya sepenuhnya.

















                                             ROZITA BT. IBRAHIM
                                     ( Pengasas Produk Sendayu Tinggi)

          Usahawan berjaya seterusnya iaitu Puan Rozita Ibrahim berjaya menarik minat saya untuk mendalami dirinya. Saya amat mengagumi ibu tunggal ini. Dek kepayahan dah keperitan kehidupannya yang diwarisi dari keluarganya lagi beliau gigih untuk keluar dari kemiskinan tersebut. Dengan berbekalkan semangat,kesabaran dan keyakinan diri beliau akhirnya berjaya berdiri dalam dunia perniagaan yang amat besar ini. Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Latar Belakang Usahawan.

               Pengasas produk Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita Bt. Ibrahim berasal dari Sg. Besar Selangor. Merupakan ibu tunggal mempunyai 5 orang anak dahulunya merupakan penoreh getah yang berkerja awal pafi dan bekerja di kedai runcit. Rozita Ibrahim menubuhkan syarikatnya pada Tahun 1999.

Penubuhan Perniagaan.

         Rozita Ibrahim menceburi bidang jualan langsung disebabkan anak -anaknya yang semakin membesar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Dari situlah, beliau mencabar dirinya membuat produk sendiri. Dengan menggunakan Rm400 sebagai modal untuk memerlukan perniagaan dengan menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan berjaya menurunkan berat badan kembali secara sihat, Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita akhirnya memahat nama sebagai salah seorang usahawan produk kecantikan yang ternama di Malaysia, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Selain itu, Sendayu Tinggi juga mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisionalnya.











                                 Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman
                             ( Pengasas Produk Pamoga & Qu Puteh)


      Usahawan seterusnya yang saya kagumi ialah Dato' Dr. Vida atau nama sebenarnya ialah Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman. Beliau merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan. Usahawan wanita ini sangat bertenaga dalam mengutarakan hujahnya. Beliau begitu yakin dalam mempromosikan produk keluarannya. Semangat yang berani dan yakin ini membuatkan saya bersemangat dalam berniaga meskipun perniagaan kecil -kecilan.

Latar Belakang Usahawan.


         Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Dr. Vida kini berusia 43 tahun. Usahawan wanita ini berasal dari Machang, Kelantan. Kehidupan yang sederhana dan merupakan anak yatim kematian ayah ketika berusia 9 tahun. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan ( kesusateraan Melayu dan Sejarah). Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah kebangsaan jenis cina di Ipoh Perak selama 12 tahun. Datuk Dr. Vida memulakan perniagaan kecil-kecilan ketika di sekolah menengah lagi. Kini berkat usaha dan kesabaran beliau produk Kecantikan dan Kesihatan iaitu Pamoga dan Qu Puteh kini terkenal di seluruh negara, brunei dan singapura.


Pertubuhan Awal Perniagaan.


        Usahawan wanita ini telah menceburi bidang perniagaan ketika muda lagi. Kini dengan usia pertengahan beliau masih bersemangat mengusahakan perniagaan. Beliau pernah membuka perniagaan Salon. Di situ beliau mula membuat pelbagai produk kecantikan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan pelanggan di Salon bagi rawatan wajah. Rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK). Dengan ini beliau lebih aktif dalam mempromosi produk keluarannya. Kini produk Vida Beauty laris di pasaran dalam negara dan luar negara.     







                             Dato' Aliff Syukri Kamarzaman
                                   ( Pengasas D'Herb)

               Usahawan berjaya di atas merupakan individu yang amat saya kagumi. Beliau begitu terkenal dengan penghasilan produk kecantikan dan kesihatan iaitu D'Herbs. Tagline produk ini iaitu 'terlajak laris' sering disebut-sebut oleh masyarakat. Sebab mengapa saya kagum dengan usahawan Dato' Aliff Syukri ini adalah kerana semangat untuk berniaga dia sangat tinggi. Meskipun berasal dari keluarga yang susah beliau tidak menyerah kalah dengan keadaan sebegitu. Malah lebih bersemangat utuk berjaya dalam perniagaan dan membantu keluarga beliau.

Latar Belakang.

         Dato' Aliff Syukri Kamarzaman dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis Pahang. Pendidikan awal beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Besar Selangor. Seterusnya Sekolah Menengah Teluk Gadang Selangor. Beliau juga mendapatkan pendidikan pondok di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas menamatkan Pengajian pondok, beliau menyambung pengajian di Sekolah Intergrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pengajian seterusnya di Taylor Collage.

Pertubuhan Awal Perniagaan.

             D'Herbs Healthy Marketing di tubuhkan pada September 2010. Beroperasi di Lot Kedai di tingkat 2. Pada masa iti beliau hanya mempunyai seorang pekerja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas muka, Produk Pelangsingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstik Rawatan Bibir. Mereka mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perniagaan beliau. Kini produk D'herb sudah dekenali dinegara Indonesia dan Singapura.